Selasa, 24 Jun 2014

Buku Pedoman Iktikaf 10 Malam Terakhir Ramadhan

Jom I'tikaf!


I'tikaf merupakan salah satu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, dan baginda selalu beri'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin, 'Aisyah r.a. :

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Daripada 'Aisyah r.a., sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam selalu beri'tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) i'tikaf sesudahnya oleh para isterinya" [Muttafaun 'alaih]

Termasuklah pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, terdapat sebuah malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu lailatul qadr. Maka pada 10 malam terakhir Ramadhan, digalakkan buat kita untuk melakukan ibadah i'tikaf, memperbanyakkan berdo'a, berzikir dan membaca al-Quran.

10 malam terakhir Ramadhan merupakan masa terbaik untuk kita fokus beribadah dan beri'tikaf dalam rangka untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Buku poket ini mengandungi sedikit tatacara untuk kita melakukan ibadah i'tikaf pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang dan terdapat juga pelbagai do'a-do'a terpilih yang insyaAllah terbaik untuk diamalkan semasa kita berdo'a.

Buku ini dijual pada RM2 sahaja, jika dibeli pada kuantiti yang banyak harga boleh dikurangkan insyaAllah. Jom beli, berikan kepada keluarga dan kawan-kawan sebagai medium dakwah. Ajak mereka beri'tikaf juga pada bulan Ramadhan ini. Jom!

Pandangan hadapan

Isi Kandungan Buku





============================================
CALL/SMS/WHATSAPP: 0192686658 (PN NURUL)
============================================

0 comments:

Catat Ulasan

Sila komen