Selasa, 5 Ogos 2014

6 Tips Untuk Mengatur Majlis Perkahwinan Yang Murah dan Menarik!

Fotografi: Cipta Karya Studio


بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh!

Dalam perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan cara untuk mengadakan majlis perkahwinan yang jimat dan menarik yang boleh digunakan dalam segala bentuk majlis perkahwinan, sama ada kecil atau besar.

1. Hadkan jumlah jemputan - Lebih ramai orang yang anda jemput ke majlis perkahwinan anda, maka lebih besar kos yang perlu dibelanjakan. Cuba untuk membuat senarai jemputan perkahwinan yang terhad kepada rakan-rakan terdekat dan saudara-mara, dan BUKAN semua orang yang anda pernah temui dalam hidup anda.

2. Jimat kos jemputan – Kad kahwin anda tidak perlu dihantar semua rumah orang yang ingin anda jemput. Kerana kini, dengan adanya e-mail, Facebook, Twitter dan sebagainya anda boleh menghantar jemputan melalui medium tersebut. Selain itu, anda dapat berjimat dengan mendapatkan kad kahwin yang lebih murah. Tetapkan bajet kad kahwin yang berharga kurang dari 50 sen sekeping.

3. Makanan – Semasa mengadakan kenduri kahwin, belanja makanan merupakan antara belanja yang paling banyak menelan kos. Jika anda memilih untuk menempah makanan dari catering, pastikan anda memilih makanan yang sesuai dan tidak keluar dari bajet yang telah anda tetapkan. 

Fotografi: Katering Perkahwinan


Kebanyakan servis katering menyediakan perkhidmatan pakej katering termasuk khemah dan pelamin pada kuantiti tertentu. Contohnya, RM10 sekepala termasuk khemah, meja, kerusi dan pelamin pada kuantiti minimum 500 orang jemputan. Survey harga catering pada sekurang-kurangnya 3 atau 4 tempat dan mengenal pasti apa yang pilihan terbaik yang ada. 

Jika anda ingin gotong royong memasak sendiri makanan untuk jemputan, pastikan anda mempunyai cukup “kakitangan” yang terdiri daripada ahli keluarga, kawan-kawan, kawan kepada adik beradik kita atau anda boleh mengupah budak-budak yang tinggal di kampung berhampiran untuk membantu.
Kami syorkan jika anda tidak mahu pening kepala dan tak nak berpenat lelah, gunakan sahaja khidmat katering.

4. Borong Aksesori Perkahwinan - Jika anda memerlukan aksesori perkahwinan, maka belilah dari pemborong peralatan perkahwinan bukan kedai peralatan perkahwinan - anda akan menjimatkan banyak dengan cara ini. Namun sekarang, terdapat banyak pilihan yang boleh didapati melalui internet juga.

Fotografi: Adamewah
5. Jimat Kos Pakaian Pengantin – Pakaian pengantin boleh menjadi sebuah perbelanjaan yang besar, bahkan ia hanya akan digunakan sekali seumur hidup. Maka kita perlu bijak untuk menetapkan kos pakaian kahwin. 

Fotografi: Mazura

Cara yang dapat kita lakukan untuk jimat adalah dengan membeli pakaian kahwin terpakai yang masih dalam keadaan yang baik. Kebiasaannya, pengantin hanya akan menggunakan pakaian kahwin sekali sahaja. Maka pasti pakaian tersebut masih dalam keadaan yang baik semasa kita pinjam. 

Cara lain adalah, tanya kawan-kawan dan saudara-mara jika mereka ada pakaian kahwin yang boleh anda pinjam atau sewa. Jangan lupa pastikan pakaian tersebut sesuai dengan saiz tubuh badan anda!

6. Lokasi - Pertimbangkan lokasi yang dipilih. Jika anda ingin mengadakan kenduri di kawasan perumahan anda, pastikan kawasan jalan raya tersebut sesuai untuk diletakkan khemah. Seperti yang dikongsikan dalam poin ke-3 sebelum ini, anda boleh berjimat dengan memilih servis katering yang turut menyediakan pakej percuma khemah, meja, kerusi dan pelamin pada harga yang berpatutan.

Fotografi: Fazrinjamal
Namun jika lokasi berhampiran rumah tidak sesuai untuk diadakan majlis kenduri, anda boleh juga sewa dewan yang berdekatan dan sesuai. Anda boleh senaraikan dewan-dewan yang terdapat di sekitar anda seperti dewan masjid, dewan kawasan perumahan, dewan badminton sekolah, dewan serbaguna perumahan, dewan serbaguna universiti dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan adalah senaraikan dewan yang terdapat berhampiran kawasan anda, kemudian dapatkan nombor telefon ahli jawatankuasa dan tanyakan kos sewa dewan selama sehari. Pilih lokasi dewan yang sesuai menurut dengan anda pada kos yang paling jimat!

Selamat mencuba!

Al-Hikmah Sdn. Bhd.
~Bro Fadhil~

Perlukan lagi tips perkahwinan? Klik TIPS!

***********************************
Katalog:
  1. kad kahwin: klik SINI
  2. doorgift buku doa: klik SINI
  3. paperbag: klik SINI
  4. bunting: klik SINI
  5. cenderahati: klik SINI
Tips perkahwinan: klik TIPS!
Facebook Al-Hikmah Printing
E: alhikmah88@hotmail.com | alhikmah2@yahoo.com.my
T: 0192686658 (Whatsapp/SMS)
***********************************

2 ulasan:

  1. Nama saya Maryam, saya berasal dari Olhão, tetapi saya berpindah ke Scotland dengan suami saya, saya ingin berkongsi berita baik ini tentang kehidupan saya dengan semua orang dan dengan mereka yang memerlukan pertolongan dalam perkahwinan / hubungan. Saya menderita selama enam tahun, suami saya meninggalkan saya dan terus mempunyai wanita lain hanya kerana keluarganya tidak mencintaiku, dan kerana saya tidak dapat memberi bayi kepadanya, saya menangis selama tujuh tahun kerana suami saya menceraikan saya. Saya sedang mencari mantera bahawa awan membantu saya dalam talian Saya bertemu dengan banyak ahli sihir, mereka semua mengumpul wang tanpa membantu saya, tetapi pada 3 Jun 2019, saya melihat sumbangan dalam talian seorang ahli silap mata yang bernama Drigbinovia. Saya memutuskan untuk berhubung dengannya apabila saya berhubung dengannya, dia memberitahu saya bahawa masalah saya telah diselesaikan kerana saya telah menghubunginya, saya memberitahunya semua masalah saya dan dia berjanji untuk membantu saya memulangkan kembali suami saya. Drigbinovia mengarahkan saya dan menunjukkan kepada saya apa yang perlu dilakukan supaya saya mengikuti semua arahan dan melakukan apa yang dia meminta saya lakukan selepas tiga hari dia memberitahu saya bahawa suami saya akan memanggil saya sebelum saya tidur hari itu dan memohon maaf. Sebaik sahaja dia memberitahu saya segala-galanya, suami saya memanggil saya dan meminta saya untuk membawanya kembali selepas enam tahun perceraian. hari ini saya berkongsi mesej ini kerana saya ingin dunia tahu dan ini adalah pekerjaan yang baik, dan saya juga sangat gembira untuk mengandung dan bagi anda yang memerlukan bantuan, masalah dengan pekerjaan atau promosi menghubungi Drigbinovia hari ini dan menyelesaikan masalah anda di sini adalah E-mail: doctorigbinovia93@gmail.com atau whatsapp dia di saya +2348144480768 Saya berjanji kepada anda bahawa masalah anda akan diselesaikan

    BalasPadam

Sila komen